Hai! selamat datang ke blog saya.Di laman ini,saya akan tunjukkan hasil kerja tangan keluarga saya.Kami adik beradik kesemuanya mempunyai kreativiti masing-masing. Saya lebih berminat kepada kerja-kerja membuat kraf tangan, contohnya membuat bakul, bunga dan baru sahaja menceburi dalam bidang jahitan manik. Di laman ini juga, saya akan mempamerkan hasil kerja tangan keluarga saya seperti lukisan pemandangan, potret, gubahan bunga dan lain-lain.
1)Tips Mengukuhkan Jahitan Manik Dan Labuci Pada Pakaian :
Jika nak kukuhkan jahitan,anda boleh letakkan sedikit wax di tempat benang dimatikan.Pastikan jahitan kerap dimatikan supaya benang tidak tertarik semasa dibasuh.